Sunday, November 13, 2011

perihal bersangka-sangka :)


bersangka-sangka???Tertarik dgn kata2 yg disampaikan...Jom kita kongsi sama2...

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik....
Ada sangkaan buruk

Orang beribadah
disangka riak
Orang relax
disangka malas
Orang yang pakai baju baru
disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk
disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak
disangka pelahap
Orang yang makan sikit 
disangka kedekut

Orang baik 
disangka buruk
Orang buruk 
disangka baik
Orang senyum
disangka mengejek
Orang masam
disangka merajuk
Orang bermuzakarah
disangka mengumpat
Orang diam
disangka sombong
Orang menawan
disangka pakai susuk
Orang nampak ceria 
disangka membela

Mana tahu
yang diam itu
kerana
berzikir kepada Allah

Mana tahu 
yang senyum itu
kerana
bersedekah

Mana tahu 
yang masam itu
kerana
mengenangkan dosa

Mana tahu 
yang menawan itu
kerana
bersih hati dan mindanya

Mana tahu
yang ceria itu
kerana
cergas cerdasnya



INGAT....!!!

JAUHI sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api...

Satu benda yang kita lihat, macam2 kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

"Tegakkan ISLAM dalam diri kamu...nescaya ISLAM  akan tertegak di atas bumi kamu"
-Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna-

Just be yourself..and Always TRUST to Allah...

1 comment:

  1. betol tu..kite sepatutnye ade sifat husnudzon.. (bersangka baik) kan? so, nak share kat blog saye jugak lah..hihii

    ReplyDelete